Dilarang Mencarut!.
tutup

Tutorial WordPress: Plugin Pilihan LinkWithin


Plugin ini adalah antara plugin yang wajib ada bagi setiap blog yang saya lawati kebelakangan ini. Fungsinya adalah memaparkan entry2 sebelumnya dalam kategori yang sama atau juga dikenali sebagai post related entry.

Selain itu, plugin ini juga akan menampilkan gambar post terdahulu yang tentunya fungsinya adalah untuk mencantikkan lagi penampilan content blog kita… atau mungkin kalian mempunyai tanggapan sendiri tentang fungsi plugin ini. Tapi yang pasti, dengan menggunakan plugin LinkWithin ini, anda dapat meningkatkan page view blog anda.

10 sebab kenapa kita perlukan komuniti blog


Sebelum menceburkan diri dalam dunia blog, aku cuma mengendalikan kerja-kerja harian dengan perasaan syok sendiri. Bagi aku, mengendalikan perniagaan komputer dan menggali ilmu baru dalam pembangunan laman web sudah cukup membuat aku puas. Ya, aku jenis yang berkerja untuk kepuasan diri, keseronokkan diri, rasa bahagia bila orang lain berpuas hati dengan hasil kerjaku.

Aku mula berblog di puadede.com sejak 29 Januari 2008 secara rasminya. Sejak itu, aku mula merasakan keseronokkan berblog dan akhirnya mempunyai komuniti blog yang super happening. Aku bahagia dengan Komuniti Tawau Bloggers.

Hari ini aku ingin berkongsi kenapa kita perlukan komuniti blog. Aku hanya senaraikan 10 sahaja, dan kalau ikutkan terlalu banyak sebab kenapa kita perlukan komuniti blog.

Tutorial WordPress: Membina Widget Shout

Kotak pesanan berfungsi sebagai wadah untuk blog anda mencatatkan pesanan ringkas daripada pengunjung anda. Ianya juga disebut shoutbox, kota jerit dan macam2 lagi panggilan diberikan.  Kebiasaannya, ada antara pemilik blog tidak mahu meletakkan shout widget ini kerana ianya memberatkan blog loading mereka termasuklah saya.  Meskipun demikian, dengan sedikit usaha pencarian saya di google, akhirnya saya menemui satu cara berkesan untuk mengatasinya.

Clicky Web Analytics